Wednesday, April 3, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN ALAM SEKITAR DAN GURU PENYAYANG 2013



Majlis Pelancaran Bulan Alam Sekitar peringkat sekolah telah berlangsung pada Isnin 1 April 2013 yang lalu. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Adam b. Mohamad. Program tahunan ini akan berlangsung sepanjang bulan April 2013. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh jawatankuasa yang telah dibentuk dan akan melibatkan seluruh warga sekolah.


Sambutan Bulan Alam Sekitar bertujuan untuk membudayakan pendidikan alam sekitar dalam segala aspek bagi memberi pendedahan kepada murid khususnya mengenai kepentingan bumi hijau yang selamat dan sejahtera untuk generasi akan datang.



Semoga usaha pihak sekolah ini dapat mewujudkan suasana kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup positif serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memulihara alam sekitar di sekolah selain memupuk sikap dan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat secara amnya.



Sementara itu, pada tarikh yang sama juga telah berlangsungnya Majlis Perlancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2013. Program ini juga bertujuan membudayakan guru penyayang dan mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut.






Salah satu objektif utama program ini dijalankan ialah bagi menggalakkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Ini kerana guru adalah contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya.



No comments:

Post a Comment