Monday, July 29, 2013

Majlis Pelancaran Buletin Permata Hatiku PPKI (Pembelajaran)

Sekitar Majlis Pelancaran Buletin Permata Hatiku Edisi 1/2013 bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SK Batu Berendam yang diadakan selepas majlis perhimpunan mingguan sebentar tadi.













Matlamat utama penerbitan Buletin Permata Hatiku ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan warga sekolah dan ibubapa serta komuniti berkaitan permasalahan pembelajaran murid-murid pendidikan khas.

Semoga usaha murni pihak yang terlibat terutamanya seluruh warga PPKI, barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan komuniti setempat dapat memberi sinar harapan kepada anak-anak ini seterusnya meningkatkan kualiti dalam kehidupan mereka. InsyaAllah..
Sekian.

Thursday, July 25, 2013

Tahniah!

Sekalung tahniah diucapkan kepada wakil murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Batu Berendam yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung baru-baru ini di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka.

Berikut adalah senarai pencapaian cemerlang mereka.

1. Pertandingan Nasyid : Johan - Nur Alia Bt. Jafri
                                                    Nur Kamaliah bt Kamal
                                                    Nur Farhana Nabila bt Abdul Rahim








2. Pertandingan Bercerita : Johan (Nur Hamizah Syahirah bt Md Shair)



Seterusnya mereka akan mewakili Negeri Melaka dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober nanti. Marilah seluruh warga sekolah, sama-sama kita doakan kejayaan mereka di peringkat yang lebih tinggi ini. InsyaAllah..




Monday, July 22, 2013

Makluman : Ujian Prestasi 2

Ujian Prestasi 2 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 23 hingga 25 Julai 2013
Matapelajaran : Teras dan Agama Islam

Ujian ini melibatkan murid Tahun 4 dan 5 sahaja. Semua ibubapa diminta mengingatkan anak jagaan masing-masing untuk mengulangkaji pelajaran. 

Selamat berjaya untuk semua murid terlibat.
Sekian.

Monday, July 15, 2013

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pasukan olahraga yang mewakili sekolah ke Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tengkera 2 yang berlangsung pada lalu. Mereka telah berjaya menyandang tempat ke 3 dalam acara 4x100m bagi kategori lelaki dan perempuan.












Semoga terus cemerlang di masa akan datang. 




Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan


Seluruh warga SK Batu Berendam mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di bulan mulia ini.

Monday, July 8, 2013

Selamat Hari Lahir Julai

Semua guru, kakitangan dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan Julai tahun ini telah diraikan dalam satu majlis ringkas selepas perhimpunan rasmi pagi tadi. 

















Selamat hari lahir dan semoga diberkati dunia dan akhirat.