Friday, February 8, 2013

KEJAYAAN 2013: TAHNIAH!

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Batu Berendam telah menghantar 4 orang peserta bagi menyertai Kejohanan Renang OKU Peringkat Negeri Melaka pada 17 November 2012 yang lalu. Kejohanan anjuran bersama Kementerian Belia & Sukan, Jabatan Pelajaran Melaka, Jabatan Belia & Sukan Negeri, PESRON Melaka dan Angkatan Tentera Malaysia ini adalah acara tahunan bagi mengenalpasti bakat-bakat baru dalam acara renang serta atlit renang OKU bagi mewakili negeri seterusnya negara dalam sukan Paralimpik.

Berkat usaha guru-guru, ibubapa dan murid-murid yang terlibat, alhamdulillah telah membuahkan hasil apabila semua peserta berjaya memenangi pingat daripada beberapa acara yang dipertandingkan.

Lebih membanggakan lagi, salah seorang daripada mereka telah terpilih mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. Murid tersebut ialah Muhammaad Hadi Hafuza b. Razali.

Peserta-peserta lain ialah, Muhammad Hadi Hashri b Razali, Muhammad Amin b Zol dan Noor Alia bt Jafri.




Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha yang berterusan akan membuahkan lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


Friday, February 1, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Kejohanan Merentas Desa adalah salah satu acara tahunan di bawah unit Ko-Kurikulum. Aktiviti yang disertai oleh semua murid Tahap 2 ini telah berlangsung pada 29 Februari 2013 jam 3.30 petang.

















Senarai pemenang:

Tempat Pertama  : Tunku Abdul Rahman (271 mata)
Tempat Kedua    : Tun Mahathir (254 mata)
Tempat Ketiga    : Tun Abdul Razak (191 mata)

Tahniah kepada semua pemenang. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tahunan ini. Hingga berjumpa lagi pada tahun hadapan.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H/2013M

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada pagi Jumaat penuh barakah 1 Februari 2013 bersamaan 20 Rabiul Awal 1434H.

Sambutan yang bertemakan "WASATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" ini selain bertujuan mengambil iktibar dari sirah Rasulullah S.A.W ianya juga bagi mendedahkan murid dengan sambutan hari-hari kebesaran Islam.

Bacaan selawat telah dipimpin oleh En. Syamsul Izzudin b. Alin.

Seterusnya satu ceramah ringkas mengenai kebesaran Nabi Muhammad S.W.T telah disampaikan oleh penceramah jemputan Dr. Mohd Azmi b Mat Shah, dari RUMAHKU SYURGAKU, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Semoga anak-anak SK Batu Berendam dapat mencontohi akhlak mulia Junjungan Nabi S.WT seterusnya mengamalkan sifat2 baginda dalam kehidupan seharian.