Monday, August 26, 2013

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Sempena UPSR 2013

Satu majlis bacaan yassin dan solat hajat bersempena dengan UPSR yang akan menjelang tiba tidak lama lagi telah diadakan seperti ketetapan berikut,

Tarikh : 23 Ogos 2013
Hari    : Jumaat
Masa : 7 malam
Tempat : Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam

Majlis yang disertai oleh guru, ibubapa dan murid tahun 6 ini merupakan aktiviti tahunan pihak sekolah sebagai salah satu usaha mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang akan bermula pada 10 September 2013. Semoga berkat doa dari semua pihak, anak-anak SK Batu Berendam ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang dan membanggakan. InsyaAllah..

















Wednesday, August 21, 2013

Majlis Persaraan GPK 1, Pn Hjh Roslinah bt Rosli

Tanggal 2 Ogos 2013 yang lalu, telah diadakan satu majlis perpisahan bersempena dengan persaraan Guru Penolong Kanan Kurikulum, Pn Hjh Roslinah bt Rosli yang akan bersara wajib pada 8 Ogos 2013. 

Pn. Hjh Roslinah telah mula berkhidmat di SK Batu Berendam sebagai GPK HEM pada tahun 2005. Beliau dikenali sebagai seorang guru yang sangat dedikasi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan kepakaran bersama rakan-rakan sejawat terutamanya guru-guru baru. Tentunya persaraan beliau ini akan memberi kehilangan yang besar kepada seluruh warga sekolah lebih-lebih lagi peperiksaan UPSR akan menjelang tak lama lagi. 

Majlis penuh bermakna ini tentunya akan menjadi kenangan manis kepada beliau sebagai hari terakhir di sekolah yang telah beliau tabur bakti selama 8 tahun. Terima kasih atas jasa dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga Pn. Hjh Roslinah dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.











Majlis Perasmian Sambutan Ceria Merdeka 2013

Majlis Perasmian Bulan Ceria Merdeka peringkat sekolah telah disempurnakan dalam satu perhimpunan khas yang diadakan pada Hari Selasa 20 Ogos 2013 yang lalu. 

Dalam majlis tersebut, Tuan Guru Besar, En, Zainal b. Muhammad Katas telah menyampaikan sedikit pesanan berkaitan dengan kemerdekaan negara dan kepentingan menjaga kedaulatan negara kita kepada semua warga sekolah bertepatan dengan tema  Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".







Bacaan doa oleh En. Mohd Fakri.

















Saturday, August 3, 2013

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya 2013

Sekitar majlis penutup Ihya' Ramadhan 1434 H

Majlis Khatam Al-Quran bersempena pengisian Ramadhan Al-Kareem telah berlangsung dengan jayanya pada hari terakhir persekolahan iaitu Jumaat 2 Ogos 2013 yang lalu. Program ini bertujuan melahirkan warga sekolah yang sentiasa mengisi masa di bulan yang mulia dan penuh barakah ini dengan membaca Al-Quran. 

Majlis tersebut diketua oleh Ust Abdul Halim b. Abd Wahab dan disertai oleh semua murid dan guru beragama Islam.

Semoga dengan aktiviti yang bermanfaat ini dapat menggalakkan lagi warga sekolah agar sentiasa mencari ilmu duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah..






Sementara itu, pada hari yang sama telah berlangsung Majlis Pemberian Sumbangan Hari Raya kepada  murid yatim piatu, murid yatim dan murid miskin.

Sumbangan yang dikumpulkan sepanjang bulan Ramadhan ini telah diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Murid. Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat.
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini menyambut syawal dengan lebih bermakna.