Monday, January 28, 2013

MAJLIS PERPISAHAN GPK PENDIDIKAN KHAS.

Satu majlis ringkas telah diadakan bersempena dengan pertukaran Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Abu Bakar b. Osman ke Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang berkuatkuasa pada Isnin, 28 Januari 2013.

En. Abu Bakar b. Osman adalah GPK Pendidikan Khas pertama yang berkhidmat di sekolah ini. Beliau mula berkhidmat pada bulan Oktober 2012 setelah berpindah dari SK Sg Rambai

Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Semoga beliau terus cemerlang di sekolah baru.
Kami seluruh warga sekolah mengucapkan selamat jalan dan semoga berjumpa lagi. InsyaAllah..








Keputusan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Minggu ke-4

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas untuk minggu ke 4 telah dimenangi oleh:

Tahap 1 : 3 Gemilang (84%)

Tahap 2 : 6 Gemilang (94%)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan kelas-kelas lain juga akan mempertingkatkan lagi kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing pada minggu-minggu seterusnya.

 

Wednesday, January 16, 2013

MAJLIS PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Majlis Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 peringkat sekolah telah di sempurnakan oleh
Tn. Hj. Mohd Zin b. Hj. Osman, Pengerusi Penyelaras Dun Ayer Keroh. Majlis yang bermula pada jam 12.30 ini telah dihadiri oleh ibubapa murid-murid Tahun 1.

Bagi murid Tahun 2 hingga 6, urusan penyerahan bantuan telah dikendalikan oleh guru kelas di kelas masing2.



Wednesday, January 2, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Tuan Guru Besar, Tn Hj Adam b. Mohamad serta guru-guru SK Batu Berendam mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2013 dan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
kepada semua murid serta warga sekolah. Semoga SKBB akan terus melangkah maju ke hadapan demi pencapaian cemerlang anak bangsa tercinta.