Thursday, March 21, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37






Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Mac 2013 yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Wira Hj. Othman b Muhammad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Pelbagai perkara telah dibangkitkan semasa mesyuarat dijalankan dan beberapa kata putus telah diambil dalam usaha mempertingkatkan lagi prestasi sekolah demi kejayaan anak-anak di sini. Semoga jalinan ukhuwah antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat terus berlangsung dalam suasana harmoni dan saling bantu membantu demi mencapai misi dan visi sekolah.

Pendaftaran guru dan ibu bapa.



Ketibaan tetamu kehormat YB. Dato' Wira Hj. Othman b Muhammad, 
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka


Ucapan daripada YDP PIBG



Ucapan dari GPK Kurikulum, Pn. Hjh Roslinah bt Rosli mewakili Tuan Guru Besar yang sedang berkursus.







Guru-guru bertungkus lumus menyediakan makanan untuk para hadirin.


Barisan pencatat minit.

Monday, March 18, 2013

KEJAYAAN 2013 : TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah yang telah menjadi Johan Kawasan Bukit Cina setelah menewaskan SK Bachang 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang SK Tengkera pada Jumaat 8 Mac yang lalu. Seramai 3 daripada mereka terpilih mewakili Kawasan Bukit Cina untuk ke peringkat Negeri. Selamat berjaya diucapkan kepada mereka.





Sementara itu, wakil sekolah ke Kejohanan Squash peringkat negeri Melaka sekali lagi membawa kejayaan manis kepada seluruh warga sekolah dengan memenangi gelaran Johan Negeri dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy (P) bawah 12 Tahun yang berlangsung pada Jumaat 8 Mac 2013 di Kompleks Skuasy, Stadium Hang Jebat, Krubong. Adik Sharifah Nur Aisyah akan mewakili Negeri Melaka ke Kejohanan peringkat Kebangsaan pada 25-30 Mac di. Tahniah dan selamat berjaya diucapkan!

Monday, March 11, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2013

Satu kursus kepimpinan telah diadakan pada 23-24 Februari yang lalu bertempat di SK Batu Berendam. Kursus ini melibatkan sekumpulan murid Tahap 2 yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin murid iaitu Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua-ketua Badan Beruniform, Ketua Kelab dan Persatuan serta Ketua dan Penolong Kelas.


Pelbagai aktiviti yang dirangka telah dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling bersama semua guru dan pekerja sekolah.


Aktiviti : Ice Breaking



Aktiviti : Solat berjemaah/ Tazkirah


Aktiviti : Ceramah Kepimpinan





Aktiviti : Explorace 'Thinking Out of Box'






Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.

Diharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat membantu para peserta membina sahsiah dan keyakinan diri yang tinggi dalam usaha menjadi pemimpin muda yang berjaya dan berkharisma.

Monday, March 4, 2013

KARNIVAL PIBG 2013




Karnival PIBG Sekolah-sekolah Parlimen Bukit Katil 2013, anjuran bersama Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pelajaran Melaka, Yayasan Melaka dan Syarikat Air Melaka Bhd. telah berlangsung pada Sabtu, 2 Mac 2013 yang lalu bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Hj. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.

SK Batu Berendam turut mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang melibatkan murid-murid dan guru-guru.



Sunday, March 3, 2013

MOTIVASI & PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2013

Majlis anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBB ini telah berlangsung pada 23 Februari 2013 yang lalu bertempat di Dewan Ilmu, SK Batu Berendam.

Matlamat program tahunan ini dijalankan tidak lain dan tidak bukan bagi melahirkan kumpulan ibu bapa yang mempunyai sikap dan pengetahuan yang tinggi terhadap perkembangann sahsiah dan penampilan diri anak masing-masing. Selain itu majlis ini juga dapat membuka peluang kepada ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai pencapaian akademik anak masing-masing seterusnya membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pembelajaran murid dari semasa ke semasa.





Satu ceramah bertajuk "Peranan Ibubapa Dalam Perkembangan Pendidikan Anak-anak" telah disampaikan oleh Tn. Hj. Badrul Hisham bin Abd Karim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Diharapkan melalui program ini, dapat menyuntik satu kerjasama erat antara ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbir dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak Tahun 6 dalam UPSR yang akan datang.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang berjaya menghadirkan diri.