Tuesday, April 30, 2013

CERAMAH PERGIGIAN

Seperti tahun-tahun yang lalu, Unit Lawatan Sekolah, Bahagian Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia sekali lagi pada tahun ini telah mengadakan lawatan ke sekolah bagi menyampaikan ceramah Kesihatan Gigi kepada semua murid SK Batu Berendam.

Ceramah yang mengambil masa selama 15 minit untuk setiap aliran telah berjaya menarik minat murid bagi menambah pengetahuan serta meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga kebersihan gigi masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat.



PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN TAHUN 6

Program anjuran bersama PIBG ini telah dijalankan pada hari Selasa 23 April 2013 yang lalu. Ianya melibatkan semua guru beragama Islam, murid-murid Tahun 6 beserta ibubapa masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.



Monday, April 8, 2013

CRISPY CHOCOLATE SCHOOL CAMPAIGN


Pada 4 April yang lalu, pihak sekolah telah menerima kunjungan wakil Syarikat Network Foods Industries Sdn Bhd bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai pemakanan sihat. Dikatakan snek Crispy adalah salah satu sumber pemakanan yang mampu memberikan nutrisi sihat kepada anak-anak.




Wednesday, April 3, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN ALAM SEKITAR DAN GURU PENYAYANG 2013



Majlis Pelancaran Bulan Alam Sekitar peringkat sekolah telah berlangsung pada Isnin 1 April 2013 yang lalu. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Adam b. Mohamad. Program tahunan ini akan berlangsung sepanjang bulan April 2013. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh jawatankuasa yang telah dibentuk dan akan melibatkan seluruh warga sekolah.


Sambutan Bulan Alam Sekitar bertujuan untuk membudayakan pendidikan alam sekitar dalam segala aspek bagi memberi pendedahan kepada murid khususnya mengenai kepentingan bumi hijau yang selamat dan sejahtera untuk generasi akan datang.



Semoga usaha pihak sekolah ini dapat mewujudkan suasana kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup positif serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memulihara alam sekitar di sekolah selain memupuk sikap dan semangat cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat secara amnya.



Sementara itu, pada tarikh yang sama juga telah berlangsungnya Majlis Perlancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2013. Program ini juga bertujuan membudayakan guru penyayang dan mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut.






Salah satu objektif utama program ini dijalankan ialah bagi menggalakkan guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Ini kerana guru adalah contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada murid-muridnya.



Tuesday, April 2, 2013

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN KALI PERTAMA

Latihan Kawad Kebakaran Kali-1 telah dijalankan pada 29 Mac yang lalu. Latihan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada seluruh warga sekolah mengenai tindakan yang harus dilakukan apabila berlaku kebakaran di kawasan sekolah.












KEJAYAAN 2013 : TAHNIAH!

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kawasan Bukit Cina telah berlangsung pada 16 Mac 2013 yang lalu bertempat di Sek Keb Kubu. SK Batu Berendam telah menghantar seramai 6 orang wakil dalam pelbagai kategori. 5 daripada mereka telah berjaya membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

Lebih manis lagi adik Umi Aizatil Alia b Haris yang mewakili sekolah dalam Kategori Bercerita akan melangkah ke peringkat seterusnya dengan mewakili Kawasan Bukit Cina ke peringkat Negeri Melaka. 


Sekalung tahniah dari seluruh warga sekolah kepada semua murid yang terlibat. Semoga kejayaan demi kejayaan terus mengiringi usaha gigih mereka.



Kategori Bercerita :
Perempuan : Umi Aizatil Alia bt Haris (Johan)





Kategori Bercerita :
Lelaki : Muhammad Faris Daniel b Salehudin (Naib Johan)




Kategori Tilawah :
Lelaki : Nuqman Haziq b Tengku Muda (Naib Johan)




Kategori Tilawah :
Perempuan : Damia Fatimah bt Badrul Hisyam (Naib Johan)





Kategori Hafazan:
Perempuan : Nur Syarafana Afifi bt Saide (Tempat ke 3)




Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam melatih, membimbing serta mendoakan kejayaan anak-anak ini. Semoga SKBB akan lebih cemerlang di masa akan datang.