Tuesday, April 22, 2014

Kejohanan Merentas Desa 2014

Kejohanan Merentas Desa Tahunan akan diadakan pada tarikh dan ketetapan berikut:

Tarikh : 22 April 2014
Masa : 3:30 petang

Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai aktiviti ini.

Terima kasih.

Makluman

Kepada:
Semua guru, staf sokongan, ibubapa dan orang perseorangan.

Sumbangan Pakaian Terpakai untuk Murid Miskin

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Murid sedang berusaha mengumpul pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada murid-murid miskin di sekolah ini. Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik, bolehlah menghantar pakaian tersebut kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 12, 2014

KEJOHANAN CATUR MSS NEGERI MELAKA 2014

Sekolah Kebangsaan Batu Berendam telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Catur MSS Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Bestari, JPN Melaka pada 21 & 22 Februari 2014 ini telah menghimpunkan seramai 34 peserta dari Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin yang merangkumi murid sekolah rendah dan menengah.

Pemenang Peringkat Negeri ini akan bertanding mewakili Negeri Melaka di Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuching, Sarawak. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka yang terpilih.












Untuk gambar-gambar sekitar kejohanan boleh layari fb rasmi sekolah.


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Sukan JPN Melaka kerana memberi ruang dan peluang kepada SK Batu Berendam untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Catur MSS Melaka 2014.    

Majulah Sukan Untuk Negara.

Wednesday, February 19, 2014

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 2014

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 8 Februari 2014 yang lalu di Dewan Ilmu, SK Batu Berendam. Ceramah Keibubapaan yang bertajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Perkembangan Pendidikan Anak-anak" telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tn. Hj. Matsah bin Othman, Kaunselor Pentadbir, PPD Jasin.

Program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini adalah antara aktiviti tahunan bagi Program Kecemerlangan UPSR dan mendapat sambutan yang agak baik dari kalangan ibubapa walaupun kehadiran ibubapa masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Jalinan kerjasama antara ibubapa dan guru sangatsangat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak sekolah ini. Diharapkan para ibubapa lebih mengambil berat mengenai perkara ini di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kejayaan menjadi milik kita semua.



Untuk gambar sekitar majlis, boleh layari facebook rasmi sekolah. 


Saturday, January 25, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H / 2014M

Ceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini telah diadakan pada

Tarikh        : 24 Januari 2014
Hari.          : Jumaat
Masa.        : 7:15 pagi - 9:40 pagi
Tempat.     : Dewan Ilmu SKBB

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin diketuai oleh Ust. Abdul Halim b Abd Wahab diikuti dengan nasyid Al-Asma-ul-Husna.
Seterusnya alunan selawat beramai-ramai dengan pimpinan En. Syamsul Izzudi  b. Alin.

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ust. Md. Sidek b. Hj Rauf iaitu Imam Masjid Tehel, Melaka.



Untuk gambar-gambar sekitar majlis, bolehlah layari facebook rasmi sekolah. 

Terima kasih.

Sunday, January 5, 2014

Orientasi Tahun 1 sesi 2014

Orientasi Tahun 1

Tarikh : 30 Disember 2013
Hari : Jumaat

Gambar-gambar sekitar Majlis Orientasi ini boleh di lihat di halaman facebook rasmi sekolah.

Selamat menjadi warga sekolah SKBB diucapkan kepada semua murid baru dan selamat kembali ke sekolah kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 6.