Kelab Pencegahan Jenayah SKBB



SEKOLAH BATU BERENDAM MELAKA

Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

FALSAFAH KELAB 
 
Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif,  mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi,  mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah,  serta menggembelingkan kreativiti diri secara global  demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri

 MOTTO

 
 ‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

 MATLAMAT

              Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah





No comments:

Post a Comment