Sunday, March 3, 2013

MOTIVASI & PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2013

Majlis anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBB ini telah berlangsung pada 23 Februari 2013 yang lalu bertempat di Dewan Ilmu, SK Batu Berendam.

Matlamat program tahunan ini dijalankan tidak lain dan tidak bukan bagi melahirkan kumpulan ibu bapa yang mempunyai sikap dan pengetahuan yang tinggi terhadap perkembangann sahsiah dan penampilan diri anak masing-masing. Selain itu majlis ini juga dapat membuka peluang kepada ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai pencapaian akademik anak masing-masing seterusnya membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pembelajaran murid dari semasa ke semasa.





Satu ceramah bertajuk "Peranan Ibubapa Dalam Perkembangan Pendidikan Anak-anak" telah disampaikan oleh Tn. Hj. Badrul Hisham bin Abd Karim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Diharapkan melalui program ini, dapat menyuntik satu kerjasama erat antara ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbir dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak Tahun 6 dalam UPSR yang akan datang.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang berjaya menghadirkan diri.

No comments:

Post a Comment